hai bertemu lagi
kali ni just nk review ckit pasai pameran yg berlansung di sentul
untuk pengetahuan semua
aktiviti pameran adalah antara aktiviti yg termasuk dlm salah satu list kerja saye
kebiasaan nye pameran seperti pameran kesihatan di mana2 bahagian di kL ni akan melibatkan banyak pihak termasuk unit kami
semasa pameran kami menyediakan poster2, pamplet dan sebagainya (mengenai pemakanan) untuk tatapan umum.
di samping itu juga kami menyediakan kuiz kesihatan mengenai pemakanan.
setiap peserta yg menyertai kuiz akan di berikan saguhati dalam pelbagai bentuk.
jadi tugas saye di situ mudah sahaja hanya menjaga kaunter kuiz, menyemak dan memberikan saguhati. mudah kan...
itu lah tugas saya pada hr ini, tetapi oleh kerana terlalu ramai kakitangan kami yg hadir jd keseronokan telah berlaku.
mana tidak nye, saye hanya menjaga kaunter hanya untuk beberapa ketika kerana terpksa memberi peluang kepada sahabat2 yg lain untuk bertugas juga.
selain pameran, ada pemeriksaan kesihatan dan derma darah.
pameran kali ni melibatkan persatuan ape ntah (melibatkan org2 cina)
jd terdapat juga kaunter untuk pemeriksaan nadi untuk mengesan sakit, pemakanan dan juga kaunter yg cucuk2 jarum kt badan tur
saye hanya sempat melakukan pemeriksaan nadi sahaja
menurut doktor tersebut saya tiada masalah kesihatan
ye ke doktor tur?? (meragui)
then saye cite la problem kesihatan yg saye alami
baru la die syorkan urutan dan amalan yg saya ptt amalkan
nnt la saye akan ikut dan tgok keputusan nye.
-----
lepas makan tgahari, berkemas dan pulang
sempat menyinggah di sogo sbb nk cari sandal
tak de yg berkenan tp beli je la
esok nk pegi kije mmg takde sandal nk pakai
sandal kesayangan dah nk putus
tu pun nasib baik perasaan sebelum turun umah
kalu tidak malu jek sandal putus tengah jalan
then masuk umh amik seliper tarik duit lebey ckit
duit dah kering ade jek menda nk kene beli
pening lak pk pasai duit ni
kering sesangat dah ni
sabor je la
----------------
note: hati tak keruan sedikit hari ni
Sunday, May 24, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment