Friday, August 28, 2009

hari ke-2 di flamingo hotel

assalamualaikum

hari ke2 di flamingo hotel sangat2 menduga kesabaran aku.mana tidaknye aku sudah kebosanan mengadap laptop dan membuat kerja sendiri sehingga tidak tahu nk mengonline ape
aihhhh
situasi yang sama semasa di Port Dickson itu hari
dtg ke bengkel tp tiada hasil yang dikeluarkan
aku sebenarnya hairan kenapa nama ku tersenarai untuk mengikuti bengkel yang aku kire tak perlu.ye la aku ni siapa la kan?
tp nk ckp ape kalu dh arahan dr bos suh aku gantikan tempat die
kalu aku ckp tak layak kang die pelik pulak
newey aku dh pun ade kt cini jd baiknye aku menghabiskan terus masa di sini
aku keseorangan..teman sebilik tak dtg.jd aku terpaksala duk sorg2 dlm bilik yang dikhabarkan "ada benda tu"..hahaha ko ingt aku heran..upsss tak elok pulak bongkak kan.tp aku cm dah biasa sgt tido sensorg ni..pernah mase di Kem Kuala Kubu baru aku dpt bilik sensorg. bilik tu nk kate besar tak la.tp ok la kalu untuk 4 org tetapi aku hanya berseorangan sahaja.byk2 mlm aku tidur sorg kat situ je aku paling takut.ntah la perasaan or something is wrong.tp serious aku ckp mmg aku takut sampai aku tak lena nk tido.puas aku bce mcm2 ayat al-quran nk hilangkan rasa takut,,padahal sebelum tido aku dah bacekan surah yasiinn,nk halau ape yg ptt,yelah dikhabarkan bilik tu dah lame tinggal,jd aku sedikit risau la kan...tup tup tup aku pun akhirnya tertido..dan pg tu ade la bilik sebelah memberitahu yang kereta mereka berbunyi tanpa sebab pagi2 hari dan beberapa kes2 pelik berlaku di bilik2 sekitarnya..hurmm menyeramkan aku dgr..
upss meleret pulak cite pasal tido sensorg.
actually seronok ape duk bilik hotel sensorang,takde org nk kaco aku tido kan kan kan,cume nk turun gi sahur sensorg tu yg malas.terpaksala menunggu kengkawan dr bilik2 lain.
..............................
perbincangan mmg takde tuk hr ini
mungkin mlm ada..mungkin
hahaha
aku harap la
cepatla masa berlalu
aku teramat la bosan disini
esok dah nk balik
rindunye kt teddy
rindu nk peluk teddy
........

flamingo hotel 28 Ogos

ye
saya kini di sebuah bilik di flamingo hotel
nice pemandangan kt cini
ada tasik dan ditengah-tengahnya ada air pancut
bilik pun cantik dengan 2 katil comei, ada peti ais, tv sony bravia tak terkira aku inci nya, bilik air yang hampir complete (aku kire tak complete sbb takde tub mandi).
aircond telah ku matikan sbb tersejuk pula
lighting pun cantik
mesti mahal ni aku berkira
tp ape aku kesah org suh duduk
aku duduk saja
oh ya aku hadir di sini ats urusan kerja
iaitu bengkel penulisan laporan projek yang aku pun tak tahu ape tugas sebenar aku di sini
tp aku akan lakukan apa yang aku rasa perlu
semoga bengkel kali ini akan sukses dr sebelomnya
petang ini sedikit bosan di bilik seorang diri
mengikut tentatif, program diadakan sebelah petang tetapi ditunda ke mlm hari ats sebab2 yang aku fikir tak berapa logik
ape pun aku harus mengikut perancangan org atasan
terpaksalah aku menghabiskan masa di bilik seorang diri
bertemankan pesanan ringkas encik kekasih
kata encik kekasih die dalam perjalanan ke balik pulau untuk bercuti merdeka di sana
dan aku akan bercuti di sini
oh tidak,aku bercuti di sini sehingga ahad sahaja
jd isnin aku akan bercuti di rumah. menyambut merdeka di rumah di atas katil mungkin
..................
mata mengantuk pula
izinkan aku menghabiskan kata-kata dahulu
semoga berjumpa pg di lain hari

Wednesday, August 26, 2009

hari2 terasa lapang

Assalamualaikum dan sejahtera untuk semua

26 hb Ogos
Bgun sahur agak lewat hr ni
Jd cume amik alas perut roti 2 keping ngn air tea sahaja
Saying tido jd namo makan byk2,pas sesaat dua meneruskan waktu keasyikan dapat tido lena.
Sejak berpuasa ni tak terasa terlalu rush menuju opis
Mungkin sbb keluar awl dari waktu2 biasa
Jd leh lg berjalan melengang ala mak limah
Terasa kelainan semenjak ramadhan tiba
Terasa sedikit kesunyian dan keadaan kelam kabut kurang sudah
Hari2 terasa lapang
......................
Keadaan di opis masih sunyi seperti hujan lebat yang mampu menyejukkan org2 yang menikmatinya
Tp aku suka keadaan begini sbb aku lebih menumpu terhadap apa yang aku lakukan
Sesampai shaja ku lakukan kerja2 yg telah di ”list”kan semalam
Jd takde la aku duk termanggu tanpa melakukan ape2
Tp sedikit tidak senang dengan tempias2 hujan yang aku tak inginkan, sesekali mungkin boleh.kalu dah kerap kali apa yang harus aku kata kan ????
Seronok kah aku dengan tugasan aku kini??
Emmm jawapan nya tidak 100%. Ntah la tak tahu ape yang aku mahu sebenarnya
.............................

sedikit sibuk membajet gaji
maklum la gaji bertambah sedikit bln ini
alhamdulillah
nk mula bayar pinjaman
dah lame kije tak terbayar lg pinjaman yg menimbun tu
aihh payah sungguh,,menghabiskannya senang sahaja
kuatkan azam agar membayar juga bulan hadapan
jgn sampai angka meningkat naik lagi
tak sanggup nk tgok
........................
buah hati @ encik kekasih sedah menampakkan perubahan sedikit bila die mempersoalkan tentang majlis pertunagannya kepada bakal tunangnya
aicehh aku pulak yang terlebey seronok
bukan la seronok sgt tp sedikit excited
tp bukan bulan depan ye,,tahun hadapan
cume sekarang masa untuk membuat perancangan sahaja
nk mendahulu ape yang patut
nk menyimpan mengikut bajet
hati bunga2,
ai mestilah siapa yang tak seronok kan
biarpun lambat lg,aku tetap menanti...
......................
ok la mahu menyambung bacaan karya syed hussein alatas dengan isu mengenai rasuah..

semoga berjumpa lg

saya sayang kamu

Tuesday, August 25, 2009

aku kini

assalamualaikum dan salam



dapat juga aku menulis kali ini
sesaje sekadar mengisi mase terluang
nk tido pun time awl lg jd elok menulis
....................................
kije hari ni takde la byk sgt or bahasa lain nye aku tak buat kije banyak hr ni
jd kepenatan takde la terasa sgt
cume letih hari ini lebih dr semalam
kalu semalam bertenaga sampai pulang ke rumah
tp hr ni sampai tgahari dah lembik
ai dugaan
yang pasti aku tetap akan berpuasa walau banyak godaan dr sisi2 ku
.................................
td kesedihan sedikit setelah perkabaran yang aku akan berbuka sensorang
yela hr ni takde juadah yang aku bekalkan
jd terpaksa memikirkan masakan yang perlu disajikan untuk perut sendiri
dan hasil nye terhidang lah mee goreng simple untuk aku berbuke di samping tamar yang lazat
esok bagaimana kah??
............................
semalam telah dikhabarkan kepadaku oleh bakal pengantin muda tentang majlis perkhwinan nye yg bakal diadakan lewat oct dan meminta hadiah besar daripadaku
sedikit sengal kurasakan disitu
perlu ke??
dan td my best friend bgtau nk adakan mjlis pertunangan hari raya ini
haihhh
semakin galak teman2 di kiri dan kanan nk dirikan masjid
aku sudah bersediakah??

puasa menjelma

assalamualaikum dan salam

semoga tak terlewat untuk mengucapkan selamat datang ramadhan
bulan mulia untuk umat islam
yang penting jgn tinggal puasa,solat dan seangkatan dengan nye

lame tak menulis kt cini sampai dah tak tahu nk mula kan kt mane
yang pasti banyak sgt 'perkara' nk di luahkan di blog usang ku ini
ye la,,org kate kalu kite tak luahkan pada teman2 sekurang2nye luah pada tulisan
agar ape yang berselirat kt hati dan minda akan terurai

really miss my blog