Wednesday, April 29, 2009

bahagia,,gembira ,, dan damai......

KESIHATAN
1) minum byk air, sekurang-kurangnya 8 gelas sehari
2) bersarapan bagaikan seorg raja, mkn tgahari bagaikan seorg permaisuri dan makan malam bagaikan princess..
3)lebihkan permainan yg membina minda
4)duduk diam dan bertenang
5) peruntukkan masa bersolat

PERSONALITI
6)jgn bandingkan diri dengan org lain
7) sentiasa berfikiran positif
8)jgn terlalu memberi tekanan pada diri sendiri
9)banyakkan senyuman dan tertawa
10)lupakan kisah silam yang menyakitkan

KOMUNITI
11)selalu berhubungan dengan ahli keluarga
12)maafkan kesalahan org lain
13)apa yg org fikir tentang anda, itu bukan masalah anda
14)berikan sesuatu yg baik pd org lain setiap hari
15)luangkan masa

HIDUP
16) lakukan perkara yg anda fikirkan betul
17)sentiasa bersiap sedia
18)apabila anda bgun pg dan anda masih hidup, maka ungkapkan Alhamdullillah
19)bergembiralah, cari kedamaian dan ungkapkan kedamaian
20)Sampaikan kebaikan kepada org lain yg anda sayangi

Monday, April 27, 2009

komen tanpa diundang

salam sayang semua,,
takde idea la nk hupdate ape kali ni.

jom la kite zassss komen somebody pada assi
komen nye berbunyi

"bercakap tanpa berfikir maksudnye gila ..lau tak tahu ape yg jadi jgn bercakap atau comment..u x tahu story kitorg so u tak da hak ckp i curiga keterlaluan dengan r**...for u i think silence is da best way..think b4 jugde somebody.."

time kasih di atas komen yg diberikan =)

b4 kite pergi lebih jauh, assi nk bercerita la dulu kenapa assi begitu berminat dengan pemberi komen tersebut. untuk pengetahuan semua pemberi komen seorg wanita yang sudah memiliki seorang tunang yg bernama r**....
love story dieorg lebey kurang cm love story assi gak la walaupun tak sama tp hampir2 la
jd assi cam teruja la gak nk kenal2 ngn wanita tersebut..assi selalu la gak gi round2 blog mereka nk tahu berkembangan dieorg ,,tp bukan nk mengkucar-kacir kan mereka,,seronok tgok dieorg together gether.dgn harapan assi pun leh jd cm mereka.

pada suatu ketika,,assi terbace entri yg beley dikatakan sedey jugak la.
tersentuh naluri kewanitaan assi
lalu assi pun laju je coment (mmg silap assi la,sesuke hati nk komen kt blog org,)
niat di hati nk bg sedikit semangat kepada wanita tersebut,mane tahu kot2 nnt leh jd kawan ke
ye la time2 sedey ni biasanya kite perlukan kekuatan @ kawan untuk menghadapi dugaan tersebut

tp,,, dah di salah ertikan
sedey la jugak assi rase
dengan tiada peluang assi untuk membela diri
nasib baik assi positif
biarla die nk kate ape pun
jnj niat hati assi ikhlas dan bukan untuk menyakitkan hati mana2 pihak
apa lg nk merampas tunang die tu (heheheh)
atau nk salahkan si wanita tersebut

kepada pihak yang berkenaan,, seribu kemaafan assi mintak dari kalian.
yes, u right,silence is the best way for me..(Shhhhhh......shhiiiiittttttt)
diharapkan assi akan terbang jauh dari kalian (make it simple)

tp assi rase kite tak salah untuk memesan atau menasihati orang lain,, supaya org lain pun akan berpesan dan menasihati kite suatu hari nnt.
we are not perfect right...
jd itu lah gunanya..supaya semua nampak elok
(positif kan diri)

yg benar: insan yang masih mampu berfikir dan bertindak secara waras. atau simplenye : aku bukan gile.

p/s:
luqman berkata: "Dan jgnlah kamu memalingkan mukamu daripada manusia (krn sombong) dan jgn lah kamu berjalan dimuka bumi dgn angkuh. sesungguhnya Allah tidak menyukai org yg sombong lg membanggakan diri'

*peace

Sunday, April 26, 2009

mahu pulang esok


setelah seminggu mghabiskan mase di umT


aku
mahu
pulang
esok jam 10.30 am akan berangkat
k.T --> KonTan --->temerloh--->umh
adeii penat gak tu

dengan badan yg sengal2 ni harap nye tidak menyusahkan perjlanan sok
imbas kembali
bengkel kerjaya
yang telah berjaya
aku jayakan
zassssssssss....

ni aku paling suke...hari2 dapat makan free



abg comei sedang menjawab kemuskilan bdk2 dlm hall tu

aku yang penuh keyakinan diri.wakakaka



akhirnya


sekian dahulu

*aku mahu pulang

yg benar: insan kebosanan

Thursday, April 23, 2009

who I am???

di sini aku ingin berkongsi bersama apa character yang wujud dalam diri berdasarkan nama ku... aku cari sendiri ni tau,,walaupun takde la tepat tp hampir kepada tepat..
[N]-nice
[O]-oriented
[R]-responsible
[A]-active
[S]-sweet
[1]-independent
[A]-attractive
[H]-humble
a.k.a
[4]-Active
[5]-strong
[S]-simple
[1]-intelligence
so,,wat about u?
enjoy and gud luck

Wednesday, April 22, 2009

Rahsia wanita- untuk tatapan LELAKI

sila-sila la membaca untuk menambahkan ilmu di dada.

1. Bila sorang wanita mengatakan dia sedang bersedih,tetapi dia tidakmenitiskan airmata,itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.

2.Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya,lebihbaik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamumenegur dengan ucapan maaf.

3. Wanita sukar nak cari benda yangdia benci tentang orang yang paling dia sayang(sebab itu ramai wanitayang patah hati bila hubungan itu putus di tengah jalan).

4.Sekiranya sorang wanita jatuh cinta dengan sorang lelaki,lelaki ituakan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluardengan lelaki lain.

5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya,dia akan cair seperti coklat!!

6. Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tau macam mana nak menerima pujian.

7.Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati,tolakcintanya dengan lembut,jangan berkasar sebab ada satu semangat dalamdiri wanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan,diaakan lakukan apa saja.

8. Sekiranya sorang gadis mula menjauhkandiri darimu selepas kamu tolak cintanya,biarkan dia untukseketika.Sekiranya kamu masih ingin menganggap dia sorang kawan,cubalahtegur dia perlahan-lahan.

9. Wanita suka meluahkan apa yangmereka rasa.Muzik,puisi,lukisan dan tulisan adalah cara termudah merekameluahkan isi hati mereka.

10. Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni lansung tak berguna.

11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.

12.Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan responpositif,misalnya menghubunginya melalui telefon,si gadis akan bersikapacuh tak acuh seolah-olah tidak berminat,tetapi sebaik saja ganggangdiletakkan,dia akan menjerit kesukaan dan tak sampai sepuluhminit,semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut.

13. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita.Jadi jangan senyum sebarangan.

14. Jika kamu menyukai sorang wanita,cubalah mulakan dengan persahabatan.Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam.

15.Jika sorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajakkeluar,tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat denganmu.

16. Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu,teruskan usahamu untuk memikatnya.

17. Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya.Tanya dia sendiri!!

18. Selepas sorang gadis jatuh cinta,dia akan sering tertanya-tanya kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal.

19.Kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk memikat hati sorang gadis,cubalah rajin-rajinkan tangan menyelak buku-buku cinta.

20. Bila setiap kali gambar kelas keluar,benda pertamayang dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buahhatinya,kemudian barulah dirinya sendiri.

21. Bekas teman lelakiakan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarangakan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya!!

22. Satu ucapan ‘Hi’ sahaja sudah cukup menceriakan harinya.

23. Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.

24. Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata nak tackle kawan mereka yang paling cantik.

25. Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi.

26. Semua wanita mahukan sorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati..

27. Senjata wanita adalah airmata!!

28.Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprise buatnya(hadiah,bunga atau sekadar kad ucapan romantis).Mereka akan rasaterharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati.Dengan inidia tak akan ragu-ragu terhadapmu.

29. Wanita mudah jatuh hatipada lelaki yang ambil berat tentang mereka dan baikterhadapnya.So,kalau nak memikat wanita pandai-pandailah…

30. Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa.


terutama khas tuk :encik kekasih
-fahami dan mengerti hal2 berkaitan wanita---

semoga berjaya :)

Tuesday, April 21, 2009

aku di sini......

keberadaan aku di terengganu mengundang pelbagai peristiwa
mmg mase ni sgt2 yg aku tunggu terutama untuk bertemu kawan2 yang sudah lame tidak bertemu dan akn berpisah entah untuk berapa lama selepas ini
jd mase2 yang singgkat ni akan aku luangkan bersama teman2
kepada encik kekasih maaf kan daku ye
tak bermaksud pun untuk melupakan encik kekasih
kepada seseorg di luar sana yang sentiasa menanti kepulangan aku di cini
maafkan aku juga kerana tidak dapat menunaikan hasrat hati kamu
wpun aku masih ade beberapa hari lg di sini
aku akan cuba sebaik mungkin untuk menghiburkan hati aku sendiri

----------------------------------------------
cuaca di cini amat tidak tertahan
dah beberapa hari terpening2
sampai nk tido pun tak selesa
panas bangat
tidak sbr rasenye mahu pulang semula ke kg halaman
tp mak aku bilang suruh menghabiskan masa kat sini untuk mengikuti bengkel kerjaya yang amat sangat aku tidak sukai itu
hati masih berbelah bahagi lagi ni
kate teman2 ku hanya ada 2 pilihan yg harus di pilih samada
1.ikut bengkel dr mula sehingga akhir
2. tak payah ikut langsung
aku tak tahu nk pilih mane satu ni
susah kan bila ada 2 pilihan dalam hidup ni

*pikir dengan mendalam

---------------------------------
sedang mendengar lagu sedih la plak
rase nk menangis jek ni

*bila hati sedang sedih begini la jadinya

ok la

cukup dahulu untuk hari ini

semoga esok lebih baik buat aku

Sunday, April 19, 2009

---last preSenter----

ntah cam ne aku ditakdirkan untuk menjadi last presenter esok
tak tahu la nk ckp ape perasaan aku skrg ni
-gemuruh
-xcited
-gumbira
sume ade.
oh ya lupe nk ckp aku kene present pasai ape,
"report latihan industri"
ade la dlm 20%
harap aku dpt buat yang terbaik esok
ni present yg terakhir aku kt sini
aku mesti buat yg terbaik
dan demi result ku yang btl2 paras hidung ni
ntah lepas ke tidak sem ni
-usaha,doa,,tawakal
semoga berjaya
chayuk..chayuk to me

ngntuk da

tito dulu la

Saturday, April 18, 2009

camar...terbang pulang

mlm ni akan berangkat kembali ke terengganu setelah 4 bulan tidak menjejakkan kaki di sana..
mmm ape yang sedang berada dlm fikiranku adalah kenangan2 yang masih segar
-rumah sewa
-pantai
-library
-dan mcm2 lagi yang sukar di gambarkan
tp rase sedikit bimbang di hati ini kerana aku akn pulang berseorangan,
bimbang peristiwa lalu berulang
ohh aku tidak akan biarkan ketakutan mengelubungi aku
hati tabah lah kau
semoga aku selamat sampai di universitiku dengan selamat...aminn

Friday, April 17, 2009

TaG daRi fRiend

kepada kiwi yang telah men tag,, ni assi cuba tuk menjawab nye..

1. Copy award di atas untuk diletakkan di blog anda. ---selesai---

2. Nyatakan 5 fakta menarik tentang pemberi award ini.
---kiwi cayam---
  1. sensitip
  2. friendly
  3. humble
  4. strong enough
  5. hyperactive-sbb suke sgt makan coklat

---selesai---


3. Setiap blogger mesti menyatakan 10 fakta/hobi diri sendiri sebelum memilih penerima award seterusnya.

Fakta 1: nama PanjanG NoraSiah TajuddiN dan di singkatkan menjadi [a][s][s][1]

Fakta 2: usia untuk tahun ni 23 tahun

Fakta 3: chuBBy/montel/chomel

Fakta 4: tidak mudah jatuh chenta tp sekali dh bercinta akan chenta sampai bila-bila

Fakta 5: mencuba menjadi anggun dan chantek

Hobi 1:suke memasak,, terutama my favourite food spagetti bolognise

Hobi 2: hobi yang tidak berapa elok: suke makan

Hobi 3: on9

Hobi4:suke jalan2-tp bile poket masih penuh la

Hobi5:suke membaca-semakin banyak membace semakin banyak menda yang kite tak tahu

---dah cukup la pulak,,rase banyak lg menda nk membebel ni---


4. Anda perlu memilih 10 penerima award seterusnya dan describe tentang mereka

  1. si dia-sbb dia mmg dia
  2. si rama-rama- sbb rama2 suke terbang
  3. si kakak tua-sbb dia pandai menghiburkan kanak-kanak
  4. si gagak hitam-sbb dia nampak ganas dan garang
  5. si...ti---sbb nama dia siti

---cukup la tu---
5. Jangan lupa melawat blog kawan anda dan meninggalkan komen yang menyatakan mereka telah di tag.
---anda telah di tag,,,,(hahahaha)---


sekian dahulu,,diharapkan kiwi berpuas hati dengan penerangan yang tidak seberapa ni..
trima kaseh daun keladi,,lain hari tag la lagi

































Thursday, April 16, 2009

report..present...final

saye sudah berada di final skrg.
masih tinggal sedikit saki baki yang perlu di perberskan sebelom melangkah kaki untuk menapak ke alam kerjaya.
skrg masih giat mencari peluang mendapatkan kerja
tp yang paling penting minggu ini adalah menyiapkan report industrial trainning dan bersiap untuk presentation yang terakhir di universiti..
selepas ini aku bergelar graduan
graduan berkomitmen dan berdikari ok
itu sahaja untuk hari ini
next time kite sambung lagi dengan agenda yang lebih menarik
*seronok

Wednesday, April 8, 2009

pRakTiKal ku SudaH haMpiR tamAt

lalalala
seronok nye menghabiskan mase-mase terakhir sebagai praktikal student
*tugasan yg masih blom di settlekan
  1. report mingguan
  2. enter data projek rintis kantin sekolah
  3. last,data antropometri kanak-kanak umh kebajikan

rasenye leh kot settlekan b4 friday ni..hopefull

gembira je perasaan ni,,takde rase sedey langsung..hihihi.tak baik sungguh kan

yang pasti nye minggu depan assi akan melapor diri untuk bekerja sambilan sbg pembantu pegawai penyelidik, gaji ade la dlm rm 1000+ --- mewah la jugak tuk assi yg masih solo lg ni, just bayar pinjaman, mak&abah dan simpanan hari istimewa nnt jek. hehehe gaji belom masuk,tp dah berangan macam2 dah ni.

assi bercadang nk bekerja dengan government jd terpaksa la tunggu lama sikit..tp rasenye nk try minta mane2 dulu yang berhampiran cini. jimat ckit kos hidup.

pape pun assi hanya berdoa. semoga murah rezeki dpt kije tetap...aminnnn